PINJAMAN PERUMAHAN

Apa yang perlu anda tahu tentang pinjaman perumahan.

Membeli atau memiliki rumah adalah pelaburan yang paling berharga bagi sesetiap indivudu. Oleh itu,perancangan awal perlu dibuat dengan rapi dan teliti sebelum langkah seterusnya di ambil. Oleh kerana nilai hartanah di masa sekarang terlalu tinggi, pembiayaan pinjaman perumahan adalah satu aspek yang tidak dapat dielakkan daripada proses pembelian hartanah atau rumah anda. Ini termasuklah pembelian rumah pertama atau pembaik pulih rumah yang sedia ada. Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan seperti jumlah pinjaman, wang pendahuluan, kadar pinjaman, tempoh pinjaman dan bayaran ansuran pinjaman.

Dengan berbagai jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan di institusi kewangan, pilihan yang tepat perlu diambil yang bersesuaian dengan matlamat seseorang individu bagi memilih pinjaman perumahan yang tepat. Terdapat dua jenis pinjaman perumahan yang kerap di tawarkan di Malaysia iaitu pinjaman tetap dan pinjaman perumahan boleh ubah-ubah (flexi-Loan).

Pinjaman perumahan tetap

Satu jumlah yang tetap sepanjang tempoh masa perjanjian  dibuat (contohnya 25 tahun). Jumlah yang tetap ini memudahkan kita memantau perbelanjaan kita setiap bulan kerana bayaran ansuran setiap bualan.

Pinjaman perumahan boleh ubah-ubah(Flexi-Loan)

Pinjaman tetap yang bergabung dengan akaun semasa peminjam. Pinjaman ini sesuai untuk mereka yang mahu kebebasan menggunakan wang tanpa terikat dengan sebarang ketetapan bulanan. Melalui kaedah ini, lebih banyak yang anda simpan, lebih banyak kadar faedah yang boleh anda jimatkan daripada dikenakan cas oleh pihak bank.

Dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan.

  • Salinan kad pengenalan diri individu
  • Slip gaji untuk 3 bulan terkini.
  • Penyata cukai pendapatan  (boring J) yang terkini atau boring EA.
  • Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau tempahan/surat tawaran daripada pemaju.
  • Salinan surat hak milik tanah (jika ada).
  • Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji)
  • Laporan penilaian harta(jika rumah sudah siap)

Jika anda bekerja sendiri, perlu lampirkan:-

  • Dokumen pendaftaran perniagaan.
  • Penyata bank 3 bualan terakhir.
  • Penyata keewangan terkini yang boleh menyokong sumber pendapatan anda
  • Lain-lain dokumen sokongan

Setelah bersetuju menerima surat tawaran pinjaman, anda perlulah melantik seorang peguam yanagmana merupakan panel peguam institusi perbankan untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan kepada jabatan kerajaan berkenaan untuk pendaftaran termasuk juga untuk pembatalan setem. Setelah proses tersebut selesai, dokumen-dokumen tersebut akan dihantar kepada institusi perbankan dan anda akan menerima salinan perjanjian pinjaman perumahan tersebut.

Kos dan caj guaman.

Anda perlu menjelaskan kos pemprosesan permohonan pinjaman perumahan seperti kos perkhidmatan professional dan caj yang dikenakan oleh pihak kerajaan.  Disebabkan itu, anda dinasihatkan agar mendapat nasihat daripada institusi keewangan berkenaan kos dan caj tersebut. Berikut adalah di antara kos dan caj yang biasa dikenakan:-

pinjaman perumahan

Jenis caj dan jumlah caj yang dikenakan akan berubah dari semasa ke semasa.anda dinasihatkan agar berjumpa dengan pegawai perbankan untuk mendapatkan nasihat lanjut dan mengadakan perbincangan jika ada kemusykilan berhubung jenis kos dan khidmat guaman.

Hak sebagai peminjam

  • Mengetahui segala maklumat yang akan mempengaruhi keputusan untuk buat pinjaman
  • Dilayan dengan professional  dan bersopan
  • Boleh berunding untuk ubah terma atau syarat sekiranya perlu.
  • Mendapat maklumat akaun pinjaman perumahan yang tepat
  • Memulakan tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran syarat

Tanggungjawab sebagai peminjam

  • Memahami keseluruhan terma dan syarat pinjaman.
  • Patuh akan syarat serta terma yang di tetapkan dalam perjanjian
  • Membayar semua kos-kos, faedah,caj dan bayaran ansuran mengikut jadual yang ditetapkan

Tanggungjawab institusi kewangan

  • Menjawab persoalan daripada peminjam
  • Berunding dengan peminjam sekiranya ada apa-apa perubahan syarat atau terma
  • Melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan amanah

 

Sumber: Bank Negara Malaysia