Pinjaman Perumahan Kerajaan

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM(LPPSA)

Disini akan menerangkan syarat-syarat asas untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan untuk kakitangan awam. Syarat-syarat tersebut berdasarkan pekeliling Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Jumlah kelayakan pinjaman adalah bergantung kepada gaji hakiki/pokok seseorang kakitangan awam yang ingin membuat permohonan. Pemohon boleh melantik mana-mana peguam yang berpengalaman  bagi memudahkan urusan pinjaman perumahan kerajaan. Pemohon juga boleh melihat dan menilai syarat-syarat pinjaman mengikut jenis pinjaman yang ditawarkan oleh LPPSA.

SYARAT-SYARAT ASAS UNTUK BUAT PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

  • Warganegara Malaysia dan kakitangan kerajaan berjawatan tetap
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan jawatan.
  • Bukan seorang bankrap  atau siberhutang hukuman atau seorang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan pemecatan kerja.
  • Perlu upah peguam untuk menjadi saksi perjanjian yang akan di buat.
  • Perjanjian bersama hanya dibenarkan jika nama pembeli di dalam perjanjian jual beli adalah suami/isteri dan  mestilah diserta dengan dokumen lengkap seperti sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang di sahkan oleh jabatan dan hendaklah dikemukakan serentak oleh pasangan untuk tujuan membeli satu hartanah yang sama.
  • Permohonan pinjaman bagi pembelian terus daripada pemaju untuk rumah dalam pembinaan atau telah siap hanya dibenarkan jika hartanah mempunyai Hakmilik Induk atau Hakmilik Individu/Stara.
  • Permohonan yang melibatkan pembinaan melebihi 4 buah rumah hendaklah disertakan dengan Lesen Pemaju  Perumahan dan Permit Iklan yang masih berkuat-kuasa.
  • Pinjaman hanya dibenarkan bagi pembelian satu lot sahaja pada satu-satu masa.
  • Perbendaharan Malaysia berhak meminta sebarang dokumen tambahan untuk tujuan pengesahan.

AMAUN KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

Amaun kelayakan pinjaman perumahan kerajaan adalah mengikut gaji hakiki semasa. Amaun kelayakan untuk Anggota Perkhidmatan Awam/Polis/Tentera adalah seperti dalam jadual dibawah.

BILGAJI HAKIKI (RM)KELAYAKAN (RM)
16,500.00 ke atas750,000.00
25500.00650 000.00
35000.00600 000.0
44700.00560 000.00
54500.00540 000.00
64300.00510 000.00
74000.00470 000.00
83800.00450 000.0
93500.00420 000.00
102900.00340 000.00
112300.00270 000.00
12SEHINGGA 1700.00200 000.00

Amaun pinjaman yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang mana terendah berdasarkan kepada kriteria berikut:

  • Harga hartanah
  • Penilaian hartanah oleh jpph
  • Amaun yang dipohon
  • Kelayakan maksimum

Walau bagaimanapum,bagi pinjaman pertama tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji hakiki semasa. Manakala pinjaman kedua tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa.

Elaun tetap yang diambil kira adalah:

  • Imbuhan tetap perumahan (ITP)/ Elaun perumahan wilayah (EPW).
  • Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA)/ Imbuhan tetap keraian (ITK).
  • Imbuhan tetap jawatan utama/khas (ITJU).

Kelayakan adalah tertakluk kepada:

  • Anggaran bayaran balik (ABB) tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
  • Anggaran baki pendapatan tidak kurang daripada RM200.00 menganbil kira potongan bulanan yang tertera pada slip gaji.

JENIS-JENIS PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

  • Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
  • Membina rumah di atas tanah sendiri
  • Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.
  • Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.
  • Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank/institusi kewangan.
  • Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.
  • Membuat kerja ubahsuai rumah.

MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP

  • Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) jika pembelian terus daripada pemaju.
  • Surat kebenaran pindahmilik daripada Pihak Berkuasa Negeri jika hakmilik mempunyai sekatan.
  • Jika tanah telah digadai kepada bank/institusi kewangan, baki hutang mestilah dalam had kelayakan pemohon untuk tempoh 6 bulan kehadapan.
  • Pembeli rumah daripada pemaju mestilah di sertakan Lesen Pemaju dan Permit Jualan Perjanjian Jual Beli.

MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

  • Setelah pinjaman di luluskan, barulah pembinaan rumah boleh dimulakan
  • Pemohon mestilah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri.
  • Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika tanah ada sekatan kepentingan.
  • Perlu ada pelan rumah yang diluluskan oeleh Pihak Berkuasa Tempatan dan rumah yang dibina haruslah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.

MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN.

  • Hanya dibenarkan bagi hartanah yang mempunyai Hakmilik Individu atau Hakmilik Induk dengan syarat kegunaan tanah untuk ‘Bangunan’.
  • Laporan penilaian daripada JPPH.
  • Pembelian rumah daripada kontraktor dibenarkan untuk tanah yang mempunyai hak milik individu.
  • Kategori penggunaan tanah pertanian dikehendaki menukar syarat kegunaan tanah kepada bangunan. Pihak pemaju perlu mengemukakan Salinan surat kelulusan  tersebut serta resit bayaran premium yang disahkan.

MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH.

  • Permohonan hanya dibenarkan bagi tanah yang mempunyai hakmilik individu.
  • Surat kebenaran pindah milik dan menggadai daripa Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika Hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.
  • Hanya tanah yang telah siap sedia untuk pembinaan rumah sahaja dibenarkan untuk dibeli.
  • Amaun kelayakan tidak boleh melebihi 50% daripada kelayakan semasa dan tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan adalah 360 bulan atau tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan bagi skim KWSP.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.

MENYELESAIKAN HUTANG PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA BANK/INSTITUSI KEWANGAN

  • Bank/institusi kewangan telah menjelaskan bayaran 100% kepada pemaju/penjual.
  • Hakmilik individu/strata mestilah atas nama pemohon dan telah dicagar kepada bank.
  • Ambil alih baki hutang pinjaman suami/isteri dibenarkan sekiranya syarat pemohon adalah pemilik bersama didalam hakmilik atau perjanjian jual beli.
  • Tidak boleh digunakan untuk ambil alih baki hutang pinjaman bank ke atas hartanah yang sebelumnya pernah dibiayai melalui kemudahan pinjaman perumahan  kerajaan.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.

MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN KERAJAAN

  • Hakmilik individu didaftarkan atas nama pemohon dan telah dicagarkan kepada Kerajaan Malaysia.
  • Surat kebenaran pindah milik dan menggadai daripa Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika Hakmilik mempunyai sekatan kepentingan.
  • Pelan rumah yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Laporan Penilaian daripada JPPH.

MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH

  • Hanya dibenarkan sekiranya melibatkan penambahbaikan atau penambahan keluasan bangunan.
  • Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman sebelumnya.
  • Kelayakan adalah seperti pinjaman kedua iaitu amaun pinjaman ubahsuai adalah berbeza antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama. Ini tertakluk kepada bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki.
  • Suami/isteri(bersama) kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman untuk tujuan ubahsuai rumah.
  • Pelan kerja ubahsuai telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Perlu dapatkan penilaian JPPH.
  • Setelah dapat kelulusan sahaja di benarkan memula kerja ubahsuai.

Senarai kerja ubahsuai yang tidak dibenarkan:

1. Preliminaries

  • Kos Juru Perunding
  • Kos guaman
  • Kos pihak berkuasa tempatan
  • Kos penyediaan pelan rumah
  • Insurans pekerja dan rumah

2. Aksesori/peralatan

  • Alat pendingin hawa
  • Pemancar penyiaran
  • Paralatan elektrik
  • Solar
  • Dapur gas
  • Perhiasan rumah
  • Perabot rumah
  • Awning
  • Menukar syiling dan tambah lampu
  • Pagar kecuali dibuat bersama penambahan keluasan rumah

3. Laman dan landskap

  • Kolam renang dan kolam ikan
  • Gazebo/pergola
  • Rumput
  • Parker yang berasingan

CARA PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

  • Permohonan menggunakan borang permohonan rasmi berserta dokumen sokongan yang disahkan mengikut jenis pinjaman.
  • Borang permohonan rasmi berserta dokumen sokongan lengkap hendaklah di kemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia melalui ketua jabatan masing-masing.
  • Amaun wang proses adalah sebanyak RM100.00 untuk setiap permohonan pinjaman perumahan kerajaan dan wang tersebut tidak akan dikembalikan.
  • Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan yang melibatkan pemohon yang pernah melanggar syarat pinjaman sebelum ini.
  • Sekiranya terdapat permohonan yang melanggar syarat, Perbendaharaan Malaysia berhak menolak permohonan tersebut.

 CAGARAN HARTANAH

1. Hartanah hendaklah dicagarkan kepada Kerajaan Malaysia secara gadaian hakmilik individu/strata.

2. Urusan cagaran hanya boleh disempurnakan setelah:

  • Peminjam mengembalikan Surat Setuju Terima Pinjaman (boring E)
  • Peguam mengemukakan dokumen cagaran yang lengkap

3. Pemaju hendaklah memohon kebenaran Perbendaharaan untuk sebarang urusniaga ke atas hakmilik dibawah Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56].

ANTARA FAEDAH-FAEDAH KEUNTUNGAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

  • Kadar faedah pinjaman SPPP ditetapkan kepada 4% setahun atas amaun pinjaman yang diluluskan. Ia dikira atas kadar faedah baki pokok pinjaman setiap bulan.
  • Kadar keuntungan pinjaman SPPI ditetapkan 7% setahun. Pengiraan dibuat atas baki pokok pinjaman setiap bulan. Peminjam boleh menikmati kadar keuntungan 4% setahun memlaui prinsip Muqasah. Tetapi bagi peminjam yang  berhenti dalam perkhidmatan, ianya tidak lagi dikira dalam prinsip Muqasah.
  • Pinjaman jenis 1,4 dan 5 akan bermula pada bulan berikutnya selepas tarikh bayaran pertama hartanah dikeluarkan atau pada bulan ke 7 dari tarikh Surat Setuju Pinjaman diterima.
  • Pinjaman jenis 2,3,6, dan 7 akan bermula selepas bayaran kemajuan sehingga 95% dikeluarkan atau pada bulan ke 25 dari tarikh Surat Setuju Pinjaman diterima.

PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL

  • Diwajibkan kepada pemohon untuk mengambil Polisi Perlindungan Gadai Janji dan Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Kediaman daripada panel syarikat insuran yang dilantik oleh Perbendaharaan Malaysia. Ia merupakan premium insuran tambahan pinjaman dan tidak termasuk dalam kelayakan maksimun pinjaman.
  • Bagi pinjaman SPPI diwajibkan mengambil takaful dan manakala pinjaman SPPP boleh memilih sama ada takaful atau insurans.
  • Bayaran pampasan oleh syarikat insuran/takaful akan dibayar kepada Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan penyelesaian baki hutang kepada pemaju atau pembayaran baik pulih rumah yang berkenaan.
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman perlu dilindungi Insuran/Takaful Gadai Janji dan Pemilikan Rumah Kediaman yang perlu dibayar sendiri oleh peminjam kepda panel insuran.

PERLANTIKAN PEGUAM SEBAGAI PEMEGANG PERTARUHAN

  • Semua peminjam diwajibkan melantik seorang peguam untuk bertindak sebagai pemegang pertaruhan.
  • Peguam hendaklah memberi akujanji format yang tetap oleh Perbendaharaan Malaysia. Akujanji baru hendaklah diberi sekiranya berlaku pertukaran peguam.
  • Kos guaman menjadi tanggungan peminjam sendiri.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

  • Memastikan pemohon mematuhi semua peraturan dan syarat yang telah ditetapkan sebelum menghantar permohonan kepada Perbendaharaan Malayisa.
  • Perlu merekod dalam Buku Rekod Perkhidmatan peminjam dan Buku Daftar Jabatan butiran-butiran yang terlibat.
  • Perlu melaksanakan  APG dan mengemukakan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada akhir setiap bulan. Potongan bayaran balik pinjaman perlu dibuat selepas potongan atas KWSP dan cukai pendapatan.
  • Perlu melaporkan serta merta kepada Perbendaharaan Malaysia sekiranya ada perubahan maklumat peminjam.

TANGGUNGJAWAB PEMINJAM

  • Mengemukakan Surat Setuju Terima Pinjaman (boring E) yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh surat kelulusan.
  • Memastikan Ketua Jabatan melaksanakan APG dan menyerahkan bayaran kepada Perbendaharaan Malaysia.
  • Lapor kepada Perbendaharaan Malaysia sekiranya terdapat perubahan mengenai alamat tempat tinggal, pusat bayar gaji,nama waris dan yang mana berkenaan.
  • Membayar ansuran bayaran balik pinjaman setiap bulan tanpa gagal.
  • Membayar cukai tanah

KESIMPULAN

Bedasarkan huraian-huraian di atas, saya berharap dapat memberi penjelasan dan panduan kepada kakitangan kerajaan tentang bagaimana dan faedah-faedah yang diperolehi dari skim pinjaman perumahan keraajan untuk kakitangan awam. Maklumat-maklumat yang dinyatakan adalah bersumberkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia. Sekiranya ada mana-mana kekeliruan, mohon rujuk di talian 03-88801600 LPPSA atau web rasmi www.lppsa.gov.my. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *